PETALING JAYA: Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal menyifatkan Mohd Amri Yahya seorang pemain yang memiliki personaliti tersendiri dan aura mengagumkan setiap kali diturunkan beraksi.
Rajagopal membimbing skuad kebangsaan pada 2009 hingga 2013 yang turut disertai Amri terpesona dengan jaringan gol hatrik Amri ketika membantu menang 4-0 mengatasi Kedah Darul Aman FC, Ahad lalu.
“Gol ketiga Amri menyamai jaringannya ketika Pilihan Malaysia menentang Manchester United 2009.
“Amri memberikan saya kenangan indah semasa membimbing Harimau Malaya,” jelasnya Rajagopal menerusi ciapan twitternya.
Turut berkongsi pengalaman lalu adalah penolong jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil ketika mereka menjalani perlawanan persahabatan pada 2001.
“Pre season Selangor tahun 2001, coach Haji Rahman panggil seorang budak ala-ala mat motor dari pasukan belia serta latihan skuad senior.
“Gua tackle, dia bangun, gua langgar dia datang lagi. Jenis hati kering.
“Semalam budak mat motor itu jaringkan hatrik di usia 41 tahun, Saya hormati Amri Yahya,” jelas Nidzam.
Pada aksi menentang Kedah FC di Stadium Darul Aman, Amri atau lebih mesra dengan panggilan Wak Am meledak tiga gol membantu kemenangan Sabah FC, 4-0 mengatasi Kedah.
Gol ketiga peribadi dan keempat buat pasukan pada minit ke-71 nyata unik dan berbeza apabila dia berjaya memperdayakan penjaga gawang Kedah menerusi lambungan untuk memastikan bola terus menerjah gawang.