Verstappen atasi Ferrari di laman sendiri - Utusan Malaysia

Verstappen atasi Ferrari di laman sendiri

Dua pelumba Red Bull, Max Verstappen (kiri) dan Sergio Perez mengungguli GP Emilia Romagna .-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMOLA, Itali: Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen muncul juara di Imola buat kali kedua berturut-turut pada perlumbaan yang menyaksikan Red Bull menguasai kedudukan satu, dua di Grand Prix Emilia Romagna, sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, Ferrari mengalami mimpi ngeri selepas pendahulu keseluruhan, Charles Leclerc bertarung untuk tempat keenam selepas jenteranya berpusing ketika berkedudukan ketiga.

Rakannya dari Sepanyol, Carlos Sainz pula terkeluar berikutan kemalangan pada pusingan pembukaan.

Pemandu Mexico, Sergio Perez di tempat kedua, manakala pemandu McLaren, Lando Norris ketiga.

Verstappen, yang memungut lapan mata selepas menjuarai perlumbaan pecut semalam daripada petak depan,turut memungut mata bonus kerana mencatat masa sepusingan terpantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya