Van der Poel juara Tour Flanders - Utusan Malaysia

Van der Poel juara Tour Flanders

Mathieu van der Poel menunjukkan riak gembira selepas menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat dalam perlumbaan Tour Flanders. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OUDENAARDE: Mathieu van der Poel muncul juara perlumbaan Tour Flanders sejauh 273 kilometer (km) selepas bersaing hebat dengan Tadej Pogacar di kawasan bukit berbatu dengan menamatkan perlumbaan dalam tempoh 6 jam 18 minit 30 saat.

Pelumba Belanda itu yang mewakili pasukan Alpecin-Fenix, berjaya melakukan breakaway ketika berbaki 20km dengan berlakunya aksi kejar-mengejar pada beberapa kilometer terakhir.

Ia membuka ruang buat pelumba Ineos, Dylan van Baarle meraih tempat kedua, manakala Valentin Madouas dari FDJ meraih tempat ketiga.

Pogacar yang kelihatan berang meraih tempat keempat selepas juara dua kali Tour de France itu tersalah langkah.

“Saya bekerja keras untuk perlumbaan ini. Awalnya, saya juga tidak pasti jika saya akan meraih kemenangan ini, sudah tentu luar biasa.

“Mereka sangat laju di belakang saya, jadi saya memutuskan untuk memecut dari jauh. Menakjubkan melihat Pogacar cuba mendahului saya, memang mengejutkan dengan corak perlumbaan hari ini (semalam).

“Dia mendaki Oude Kwaremont dan Paterberg dengan sangat laju. Saya hampir ketinggalan masa itu, tetapi akhirnya saya berjaya juga mengatasi Pogacar untuk muncul sebagai pemenang,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya