Skuad futsal janji aksi terbaik di Sukan SEA - Utusan Malaysia

Skuad futsal janji aksi terbaik di Sukan SEA

Kemungkinan besar barisan pemain sama yang beraksi di Kejuaraan Futsal AFF akan menggalas tanggungjawab di Sukan SEA Hanoi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad futsal kebangsaan berjanji untuk mempamerkan aksi lebih mantap di Sukan SEA Vietnam bulan depan selepas gagal ke separuh akhir dalam Kejuaraan Futsal AFF baru-baru ini.

Pengurus Pasukan Futsal Malaysia, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya pingat gangsa pada sukan dwitahunan itu yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.

Mohd. Hisamudin berkata, Skuad bimbingan Chiew Chun Yong akan berkumpul secara rasmi untuk latihan pusat ialah pada 23 April ini di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun katanya, buat masa ini pasukan futsal juga telah memulakan latihan secara ‘offline’ yang mana pemain dikumpul pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi menjalani latihan secara sukarela.

“Pemain kita yang sebelum ini mewakili negara di Kejuaraan Futsal AFF datang ke FAM dan menjalani latihan bersama Chun Jung selain turut dipantau oleh barisan kejurulatihan yang lain. Ini semangat yang cukup bagus ditunjukan para pemain.

“Mereka datang tanpa dipaksa dan tidak dibayar sebarang elaun pun untuk berlatih sekarang…semuanya demi memantapkan pasukan untuk ke Sukan SEA,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

                               Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

Menurut Mohd. Hisamudin, pasukan futsal negara perlu bekerja keras untuk memberikan persembahan terbaik di Sukan SEA selepas gagal mencapai sasaran mara ke separuh akhir Kejohanan AFF.

“Pasukan akan terbang ke Ho Chi Minh pada 3 Mei dan akan terlibat dalam tiga perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persiapan berakhir untuk memantapkan pasukan sebelum Sukan SEA bermula.

“Selepas itu pasukan akan ke Hanoi pada 8 Mei untuk memulakan kempen di Sukan SEA. Apa yang penting, saya harap jurulatih kita dapat ciptakan sesuatu kerana kekuatan kita sebenarnya setara dengan Thailand dan Indonesia,” katanya.

Dalam kejuaraan AFF, Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan A selepas hanya berjaya mengutip enam mata daripada empat perlawanan.
Malaysia tewas 2-4 kepada Thailand, tewas kepada Indonesia 1-5 dan mencatatkan kemenangan 10-0 ke atas Brunei 10-0 dan menang 7-6 ke atas Kemboja dalam perlawanan pertama.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya