Siar azan lebih awal, penyampai radio mohon maaf

Siar azan lebih awal, penyampai radio mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyampai radio Tawau FM, Mohd Safwan Junit, tampil membuat permohonan maaf terbuka susulan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal.

Perkara tersebut dimaklumkan penyampai radio itu menerusi entri Facebook miliknya.

Menurut Safwan, dia menjelaskan bahawa berlaku kesilapan teknikal apabila azan Maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang Ahad.

Oleh hal demikian, Safwan memohon maaf secara peribadi kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tersebut.

“Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini (semalam), dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu.

“Hal ini disebabkan oleh kesilapan teknikal dan diri saya sendiri. Oleh itu, saya dengan rendah diri, secara peribadi, memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan keadaan ini,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, dia turut mengakui kesilapan sendiri dan bukan daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tawau dan Tawau FM.

“Kesilapan ini adalah kesilapan diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM.

“Yang baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya