Rayuan BKM dibuka 2 Mei

Rayuan BKM dibuka 2 Mei

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rayuan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka mulai 2 Mei ini selama sebulan untuk membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sedar mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi belum didaftarkan dalam pangkalan data.

Sehubungan itu, katanya, pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

“Poses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Justeru, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian mulai 2 Mei ini melalui portal rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my.

“Selain itu, penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 secara manual mulai 9 Mei ini di cawangan, Pejabat Satelit (PS),  Pusat Khidmat Hasil (PKH), Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau LHDNM berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setelah pangkalan data BKM dikemas kini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 dijadualkan pada September dan Disember ini.

Katanya, setakat ini, hampir RM2 bilion bantuan Fasa 1 BKM disalurkan kepada hampir sembila juta penerima B40 seluruh negara pada Mac lalu. 

“Bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula  dibuat pada Jun 2022,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya