PORTIMAO: Fabio Quartararo berjaya muncul juara di Grand Prix Portugal, Portimao sebentar tadi biarpun menerima saingan sengit daripada Johann Zarco dan Aleix Espargaro.
Pelumba pasukan Yamaha itu menamatkan saingan lima saat di belakang rakan senegara, Johann Zarco (Ducati Pramac) manakala tempat ketiga menjadi milik Espargaro (Aprilia Racing).
Zarco memanfaatkan peluang selepas pelumba Suzuki, Joan Mir dan jaguh Australia, Jack Miller (Ducati) terbabit dalam kemalangan ketika bersaing memburu tempat kedua di penghujung saingan.
“Saya berusaha keras sehingga ke paras maksimum. Saya bermula dengan baik dan gembira dapat memenangi perlumbaan pertama musim ini,” kata Quartararo.
Ia adalah kemenangan pertama Quartararo sejak mengungguli GP Britain Ogos lalu, sekali gus membolehkannya berkongsi tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 69 mata bersama pelumba Sepanyol, Alex Rins.
Espargaro menduduki tempat ketiga dan melonjak ke kedudukan ketiga keseluruhan beza tiga mata dengan pendahulu. – AGENSI