PH gesa PM nyatakan komitmen terhadap RUU Anti Lompat Parti - Utusan Malaysia

PH gesa PM nyatakan komitmen terhadap RUU Anti Lompat Parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmen bahawa Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat. 

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, tarikh sidang khas kedua perlu ditetapkan dan diumum di Parlimen pada 11 April ini. 

Kenyataan itu menyebut, PH turut menggesa agar menteri yang bertanggungjawab membentang pindaan Perlembagaan pada 11 April tersebut menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam sidang khas kedua nanti.

“PH percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan dapat 

mula dipulihkan,” kata kenyataan tersebut. 

Semalam, kerajaan akan mencadangkan tarikh baharu untuk satu lagi sidang khas Parlimen bagi membentangkan RUU Anti Lom­pat Parti ekoran penangguhan pembentangan ka­­li kedua yang sepatutnya dibuat Isnin ini. 

Sidang khas itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat selaras dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Dewan Rak­yat dan Dewan Negara.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menyebut, Majlis Presiden PH mengulangi pendirian tegas bahawa meluluskan RUU Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Tegasnya, amat jelas bahawa PH tidak akan berkompromi dalam perkara tersebut.

“Kita memahami keperluan untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti. 

“Justeru, Pakatan Harapan akan menyokong  Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen 11 April ini,” katanya lagi. 

Namun begitu, kenyataan itu memberitahu, syarat utama adalah draf RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan, dan perkara tersebut telah  ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MOU yang telah bermesyuarat semalam. 

Menurutnya,Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyampaikan pendirian PH tersebut kepada Perdana Menteri semalam. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya