Pearly-Thinaah berada dalam prestasi baik - Rexy - Utusan Malaysia

Pearly-Thinaah berada dalam prestasi baik – Rexy

PEARLY TAN-M. THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Beregu wanita kebangsaan, Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke pusingan kedua bagi merebut slot ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) hari ini.

Turun sebagai pilihan ketujuh, Pearly dan Thinaah mara ke pusingan kedua selepas menang mudah ke atas pasangan dari India, Simran Singi-Ritika Thaker dalam perlawanan straight set yang berlangsung selama 27 minit dengan keputusan 21-15, 21-11.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky turut mengakui bahawa tahap permainan yang dipamerkan anak buahnya itu lebih baik daripada lawan mereka namun tiada ramalan dapat dibuat untuk pusingan seterusnya memandangkan perlawanan masih terlalu awal.

“Mereka masih lebih baik daripada pasangan India itu malah mereka juga bermain dengan cukup baik hari ini.

“Namun mereka masih perlu menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang di sini kerana susah dikawal akibat sangat panas,” katanya.

Menanti di pusingan kedua esok, kedua-dua pemain itu bakal bertemu Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam selepas gandingan dari Hong Kong itu berjaya menundukkan lawan mereka dari Korea, Baek Ha Na-Lee Yu Lim dalam perlawanan straight set dengan keputusan 21-17, 21-17.

Dalam perkembangan sama, satu lagi beregu wanita kebangsaan iaitu Anna Ching Yik-Teoh Mei Xing turut berjaya mara ke pusingan kedua selepas menang ke atas pasangan India, Ashwini Bhat K-Shikha Gautam dengan keputusan 21-19, 21-12.

Turut tidak ketinggalan, empat pasangan beregu campuran negara juga akan ke pusingan kedua esok iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai, Hussein Zayan Shaheed-Fathimah Nabaaha Abdul Razak, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Begitu juga dengan beregu lelaki negara, tiga pasangan turut mara ke pusingan seterusnya bagi merebut tempat ke suku akhir iaitu Man Wei Chong-Kai Wun Tee, Ong Yew SIn-Teo Ee Yi dan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Sementara itu bagi kategori perseorangan pula, Malaysia diwakili oleh Liew Daren untuk lelaki dan S. Kisona untuk perempuan bagi aksi BAC esok yang berlangsung sepenuhnya di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila, Filipina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya