Liverpool tidak rela igauan 16 tahun lalu berulang - Utusan Malaysia

Liverpool tidak rela igauan 16 tahun lalu berulang

PEMAIN Liverpool melakukan sesi latihan menjelang pertemuan suku akhir pertama menentang Benfica di tempat lawan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON : Benfica berdepan tugas sukar pada suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi esok, tetapi selepas menyingkirkan Barcelona dan Ajax,mereka memiliki kepercayaan bahawa untuk sekali lagi melakukan kejutan berdepan Liverpool.

Kelab Portugal itu mara buat pertama kali ke suku akhir dalam tempoh enam tahun.

Kali terakhir Benfica layak ke peringkat tertinggi ialah ketika mara ke final pada 1990, bagaimanapun, kelab yang dibimbing Sven-Goran Eriksson ketika itu tewas 1-0 kepada AC Milan dan terlepas peluang menjulang Piala Eropah ketiga mereka.

Kejayaan Benfica mara ke suku akhir juga berjaya menutup cerita tentang musim buruk dalam saingan liga termasuk pemergian jurulatih, Jorge Jesus pada Disember lalu selepas kekalahan 3-0 kepada porto dan hanya mencatat tujuh kemenangan dalam 15 perlawanan pertama.

Prestasi mereka juga tidak begitu baik di bawah jurulatih sementara, Nelson Verissimo dan kelab itu kalah 3-2 kepada Braga pada Jumaat lalu menyebabkan mereka menduduki tempat ketiga dalam Liga Primeira iaitu 12 mata di belakang pendahulu FC Porto.

“Kami tahu ia adalah Liverpool (lawan suku akhir Liga Juara-Juara), tetapi kami perlu berjuang, kami boleh bermain lebih baik.

“Kami sentiasa perlu bekerja. Perlawanan Liga Juara-Juara adalah berbeza. Kami tidak boleh melupakan perlawanan kami ketika menentang Braga kerana Liverpool akan melihatnya. Kita kena betulkan,” kata Verissimo.

Persembahan yang lebih baik di Eropah telah mengekalkan musim cemerlang Benfica, dengan kemenangan agregat 3-2 ke atas Ajax dalam pusingan 16 terakhir adalah satu keputusan yang mengejutkan.

Sudah pasti, dalam saingan suku akhir nanti, Benfica sekali lagi akan mempertaruhkan penyerang sensasi, Darwin Nunez yang sebelum ini beraksi cemerlang ketika menewaskan Ajax di Amsterdam.

Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai 27 gol dalam 34 perlawanan musim ini, termasuk dua gol dalam kemenangan 3-0 Benfica ke atas Barcelona pada peringkat kumpulan pada September.

“Orang sudah pun meletakkan kami di separuh akhir Liga Juara-Juara, saya tidak nampak seperti itu.Benfica boleh menjadi sangat kuat jika anda membiarkan mereka begitu sahaja, kata jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp.

Benfica pernah menewaskan Liverpool 2-0 di Anfield 16 tahun lalu, untuk memastikan kemenangan agregat 3-0 dan mara ke suku akhir dalam Liga Juara-Juara.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya