Langgar SOP, sila pulang- Nur Azmi - Utusan Malaysia

Langgar SOP, sila pulang- Nur Azmi

KETUA Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad beramah mesra bersama atlet pada Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Vietnam, di Majlis Sukan Negara, di sini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Atlet dan pegawai diberikan amaran tegas supaya mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di Hanoi nanti.

Perkara itu disuarakan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad,berkata sekiranya didapati terdapat atlet, jurulatih mahupun pengurus pasukan tidak mengendahkan peraturan ditetapkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk menghantar pulang individu tersebut.

“Kita akan mengikut SOP penganjur tetapi daripada peringkat kita, kita sudah maklumkan kepada semua atlet dan pengurus pasukan. Saya sudah memberikan amaran kepada jurulatih, pengurus pasukan supaya menjaga atlet dan mereka kena mengikut SOP yang dikeluarkan.

“Kalau kita tak bagi atlet merayau, ini juga termasuklah kepada pengurus dan jurulatih tidak boleh ke mana-mana dan memastikan dia tak membawa penyakit dan penyakit itu tak datang menjadi penyakit. Itu adalah sesuatu yang lebih penting bagi saya.

“Kita tak mahu membuang masa lagi (hantar pulang). Lebih baik membuat tindakan drastik daripada simpan dan terus menjadi masalah di kemudian hari. Ini saya sudah maklumkan kepada semua,” kata Nur Azmi.

Kontinjen Malaysia ke Hanoi disertai 864 orang yang terdiri daripada 589 atlet, merangkumi 364 lelaki dan 225 wanita manakala 275 lagi adalah barisan pegawai. Daripada 275 orang itu, ia merangkumi 222 lelaki dan 53 wanita.

Malaysia menyertai 37 daripada 40 jenis sukan dipertandingkan pada edisi ke-31 di Hanoi nanti dan tidak menyertai tiga jenis sukan iaitu bola baling, vovinam dan gusti.

Tambah Nur Azmi, pihaknya akan mewujudkan perkampungan khas buat atlet atau pegawai sekiranya dijangkiti Covid-19 di Hanoi.

“Kita sedang merancang untuk membuat perkampungan atlet yang kena COVID-19 supaya mereka dapat duduk di satu tempat.

“Itu sebabnya, ISN (Institut Sukan Negara) pada kali ini mempunyai pasukan begitu besar dan saya sudah maklumkan kepada kedua-dua timbalan ketua kontinjen saya, sekiranya ada atlet yang tertinggal (disebabkan Covid-19), sama ada diri saya akan tinggal di sana atau timbalan saya menunggu mereka sehingga ke semua atlet pulang (ke tanah air).

“Kita nak pastikan tanggungjawab itu yang mana kita bawa bersama (ke Hanoi) dan pulang pun bersama. Saya rasa, daripada segi SOP itu tidak ada masalah, sekiranya kita sudah bersedia sekiranya atlet itu dijangkiti Covid-19 nanti,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya