Kurang strategi punca tewas - Mei Xing - Utusan Malaysia

Kurang strategi punca tewas – Mei Xing

Yap Roy King dan Teoh Mei Xing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hasrat beregu campuran negara, Yap Roy King-Teoh Mei Xing untuk merangkul gelaran sulung musim ini tidak kesampaian selepas tersingkir di pusingan separuh akhir pada kejohanan badminton Orleans Masters semalam.

Pasangan yang digandingkan secara ‘scratch pair’ itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 16-21, 15-21 kepada wakil Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.

Meskipun bermain dalam dua acara pada kejohanan tersebut, namun Mei Xing menindak keletihan menjadi punca mereka tewas, sebaliknya percaturan strategi kurang tepat merupakan faktor mereka tewas.

Meskipun jauh meninggalkan pemain lawan dalam kedua-dua set perlawanan, namun kegagalan untuk mengubah strategi permainan selain kesilapan mudah berjaya menghadiahkan mata percuma kepada gandingan Indonesia itu.

“Bagi perlawanan hari ini (semalam), kami sudah mendahului set pertama dan kedua dengan perbezaan mata yang agak jauh. Bagaimanapun, sukar untuk kami sesuaikan diri dengan taktikal mereka kerana masih baru digandingkan.

“Kami merupakan ‘scratch pair’, jadi kami tidak dapat mengubah corak permainan dalam masa singkat seperti yang diarahkan jurulatih. Kekalahan ini bukanlah disebabkan kami penat kerana bermain dalam dua acara,” katanya.

Pada masa sama, Mei Xing yang turut beraksi dalam acara beregu wanita berpuas hati dengan pencapaian mara ke separuh akhir pada kejohanan Jelajah Dunia Super 100 itu kerana langsung tidak mempunyai masa untuk melakukan latihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya