Kian Meng-Pei Jing juara Terbuka Korea - Utusan Malaysia

Kian Meng-Pei Jing juara Terbuka Korea

TAN KIAN MENG-LAI PEI JING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas menunggu selama hampir lima tahun, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akhirnya menamatkan penantian gelaran sejak 2017 apabila menjuarai Terbuka Korea.

Kejayaan itu hadir selepas mereka mengatasi Ko Sung Hyun-Eom Hye Won 21-15, 21-18 dalam tempoh 49 minit dalam aksi final di Stadium Tertutup Palma, Suncheon, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut, melebarkan lagi rekod Kian Meng-Pei Jing dengan pasangan di ranking ke-17 dunia itu kepada 3-0.

Kali terakhir Kian Meng-Pei Jing meraih gelaran adalah di pentas final Master Malaysia 2017, menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-17, 21-9.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya