Kerusi Hamilton duduk cecah nilai hampir RM3,000 - Utusan Malaysia

Kerusi Hamilton duduk cecah nilai hampir RM3,000

Kerusi plastik yang diduduki juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerusi plastik yang diduduki juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dijual melebihi £500 (RM2,776).

Pemandu Mercedes itu duduk di atas kerusi itu di sebuah stesen minyak di Malaysia.

Hamilton berada di sana bersama rakan sepasukan Mercedes, George Russell.

Pasangan pemandu itu berada di ibu kota Kuala Lumpur bagi menghadiri Petronas Welcome Home Programme.

Ketika berada di stesen minyak itu, Hamilton berehat seketika dengan duduk di atas kerusi yang disediakan.

Penjual yang bijak segera mengambil kesempatan bagi mendapatkan wang apabila mula menjual kerusi itu di laman e-dagang Shopee, lengkap dengan gambar punggung Hamilton dan ia dijual pada harga ‘gila’ £525 (RM2,915).

Penjual, Lima Bintang Auto Parts menyenaraikan barangan itu sebagai ‘kerusi pelumba F1 Lewis Hamilton duduk (barangan sukar ditemui)’ dan ia hadir dengan lambang ‘tulen’.

Penjual itu juga dilaporkan membungkus kerusi itu untuk mengekalkan ‘kesegaran’ bekas tempat duduk Hamilton. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya