Kejutan Joo Ven di Masters Korea - Utusan Malaysia

Kejutan Joo Ven di Masters Korea

SOONG JOO VEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven mara ke suku akhir  Masters Korea, selepas menewaskan peserta tuan rumah, Heo Kwanghee dalam 21-11, 21-19, semalam.

Pemain yang menduduki ranking ke-68 dunia itu meneruskan rentak cemerlangnya di pusingan kedua itu untuk bertemu Misha Zilberman dari Israel yangmengejutkan lawannya dari Finland, Kalle Kojonen 21-12, 19-21, 22-20.

Turut mara ke suku akhir ialah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang merupakan pilihan keempat kejohanan selepas menang mudah ke atas gandingan Israel, Misha Zilberman-Svetlana Zilberman 21-5, 21-8.

Soon Huat dan Shevon akan bertemu pasangan dari negara jiran, Singapura iaitu Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han dalam suku akhir hari ini.

Bagaimanapun, dua beregu lelaki negara, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong terpaksa menamatkan perjalanan berikutan tewas kepada gandingan tuan rumah, Choi Solgyu-Kim Wonho dalam perlawanan straight set, 21-17, 9-21, 21-13.

Chan Peng Soon-Toh Ee Wei pula tunduk dengan pasangan China, Zheng Si Wei-Zhang Shu Xian  21-18, 21-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya