JDT menang tiga mata : KL City 'menang' kad - Utusan Malaysia

JDT menang tiga mata : KL City ‘menang’ kad

Pemain-pemain JDT, meraikan jaringan pertama pada perlawanan Liga Super menentang KL City di Stadium Bola Sepak Cheras, malam ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja mengekalkan rekod bersih dalam Liga Super selepas melakar kemenangan ketiga dengan menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) 3-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi, malah turut meleburkan rekod tanpa kalah 23 perlawanan tuan rumah sejak tahun 2019 di laman sendiri.

Perlawanan itu juga menyaksikan satu layangan kad merah dan tujuh kad kuning dalam aksi kedua-dua pasukan itu, dengan tuan rumah ‘memenangi’ jumlah kutipan kad tersebut.

Kenny Pallraj menjadi satu-satunya pemain yang menerima kad merah manakala enam kad kuning dikutip rakan sepasukannya manakala skuad Harimau Selatan meraih satu kad kuning.

Penyerang import dari Argentina, Fernando Forestieri berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-18 selepas memanfaatkan kesilapan dilakukan Declan Lambert yang gagal menanduk hantaran jauh Syahmi Safari.

Skuad Harimau Selatan terus melakukan serangan bertali arus ke benteng KL City namun mereka gagal menembusi penjaga gol tuan rumah Kevin Ray Mendoza sekali gus kedudukan itu kekal hingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, lima minit pertama, giliran penjaga gol pelawat, Farizal Marlias diuji dua kali oleh barisan serangan KL City tetapi dia masih mampu memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Begitupun, pada minit ke-57 tuan rumah kehilangan seorang pemain selepas Kenny Pallraj menampar kepala Leandro Velazquez sekali gus pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali tidak teragak untuk melayangkan kad merah kepada pemain tersebut.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh JDT apabila menambah dua lagi gol menerusi penyerang berbisa, Bergson da Silva.

Penyerang Brazil itu menggandakan jaringan pada minit ke-62 dengan menyempurnakan sepakan penalti sebelum menambah akaun golnya peribadinya dalam perlawanan itu pada minit terakhir bagi memastikan kemenangan mutlak buat JDT. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya