Ibu tetap berharap anak pulang dengan selamat - Utusan Malaysia

Ibu tetap berharap anak pulang dengan selamat

LIM Sew King (kiri) menunjukkan gambar Ang Poon Guan di rumahnya di Junjung, Kulim, hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Ibu mangsa rakyat Malaysia yang terkandas secara haram di Myanmar selepas ditipu ejen pencari kerja pada Januari lalu berharap anak tunggalnya itu dapat diselamatkan.

Ibu mangsa itu, Lim Sew Siam, 53, berkata, dia masih menaruh harapan agar anaknya, Ang Poon Guan, 27, akan dapat pulang dalam tempoh terdekat.

Katanya, dia setiap hari teringat anak tunggalnya itu dan berharap berada dalam keadaan baik di negara tersebut

“Saya amat merindui Poon Guan dan sentiasa menunggu panggilan daripada anak saya itu selepas begitu lama tidak mendapat khabar berita,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, Sew Siam berkata, pada masa sama, dia turut simpati terhadap ahli keluarga mangsa lain turut menerima nasib yang sama.

Tambahnya, dia masih cuba menghubungi Poon Guan melalui nombor telefon bimbit yang dibawanya namun masih gagal.

Ujarnya, dia berharap pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negara dapat membantu menyelamatkan kesemua mangsa yang terbabit.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim, Yeo Keng Chuan berkata, setakat hari ini, dia juga masih menunggu jawapan daripada pihak Kementerian Luar Negara berhubung perkara terbabit.

Katanya, dia berharap agensi kerajaan berkaitan dapat membantu semua mangsa yang terkandas di Myanmar selepas semua menjadi mangsa penipuan ejen pencari pekerjaan dalam talian.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan beberapa rakyat Malaysia dipercayai terkandas secara haram di Myanmar selepas ditipu ejen pencari pekerjaan di negara tersebut sejak Januari lalu.

Keng Chuan berkata, perkara tersebut didedahkan salah seorang keluarga mangsa tersebut, Sew Siam yang memohon bantuan kerajaan membawa pulang anak lelakinya yang terkandas di negara tersebut. –UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya