Hamdee rasmi anak angkat Hafiz Hamidun

Hamdee rasmi anak angkat Hafiz Hamidun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penantian dua tahun, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, 38, akhirnya sah menjadi bapa angkat kepada anak jagaannya Hamdee, 2, secara rasmi, semalam.

Kenyataan itu dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya diiringi sekeping gambar bersama Hamdee.

“Alhamdulillah, setelah lebih dua tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini (semalam) rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya.

“Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pun dipermudahkan. Syukur,” luahnya.

Sementelah itu, penyanyi lagu Jodoh Berdua itu turut berterima kasih kepada khalayak yang membanjiri ruangan komen dengan mendoakan kesejahteraan anak angkatnya.

“Terima kasih kepada semua yang terus mendoakan Hamdee. Semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang sempurna sampailah dewasa nanti,” katanya lagi..

Sebagai informasi, Hafiz telah mengumumkan mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Hamdee Hafiz pada 10 Mac 2020.

Untuk rekod, perundangan Malaysia membenarkan anak yang dijaga untuk dijadikan anak angkat secara rasmi adalah selepas dijaga selama dua tahun oleh ibu bapa angkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya