Goulon wira Negeri Sembilan, kekal rekod tanpa kalah - Utusan Malaysia

Goulon wira Negeri Sembilan, kekal rekod tanpa kalah

Penyerang Negeri Sembilan Matheus Alves Leandro terlepas peluang untuk menampan bola ke gawang gol Kuala Lumpur City dalam aksi Liga Super 2022 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pemain import Negeri Sembilan FC, Herold Mark Goulon menjadi wira pasukannya apabila meledak dua gol untuk membantu kemenangan skuad Jang menewaskan Kuala Lumpur City 2-1 dalam perlawanan Liga Super, sebentar tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, aksi berlangsung rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun buntu untuk menggegar jaring menyaksikan kedudukan 0-0 pada babak pertama.

Seminit memasuki babak kedua, tuan rumah memperoleh gol pertama menerusi tandukan Herold Goulon hasil sepakan sudut yang diambil oleh ketua pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak.

Sean Eugene Selvaraj kemudian menghadiahkan gol buat pelawat apabila dia tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-73.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan tidak menunggu lama, apabila dua minit kemudian, Goulon merembat masuk untuk gol kedua tuan rumah, menewaskan penjaga gol pelawat, Kevin Ray Mendoza.

Perlawanan kemudian terus berlangsung rancak, namun tuan rumah kental bertahan sehingga tamat sekali gus meraih tiga mata berharga.

Negeri Sembilan kini meraih 11 mata hasil tiga kemenangan dan dua kali seri serta mengekalkan rekod tanpa selepas lima perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya