PETALING JAYA: Malaysia memillih laluan sukar untuk berada dikedudukan kedua terbaik Kumpulan A selepas tewas 1-5 pada aksi menentang Indonesia, Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.
Kekalahan ini menyaksikan anak didik Chiew Chun Yong kekal ditangga ketiga selepas dua perlawanan untuk mengumpul tiga mata manakala Indonesia yang merupakan Juara 2010 dan Naib Juara 2019 meraih enam mata bérada dibelakang Thailand yang gah menerajui kumpulan dengan kelebihan jaringan.
Pada aksi yang sebentar tadi, Malaysia mempamerkan aksi yang berbeza apabila berjaya memberikan tekanan kepada lawan dan juga mampu bertahan dengan penuh disipilin untuk mengimbangi corak permainan pantas lawan.
Tanpa sebarang gol pada babak pertama memberikan keyakinan buat Malaysia untuk memburu tiga mata namun sebaik sahaja babak kedua bermula, Holypaul Septinus Soumilena meletakkan Indonesia didepan mengatasi Malaysia.
Gol tersebut nyata tidak melemahkan semangat pemain Malaysia yang berjaya menyamakan kedudukan selang seminit kemudian menerusi Ridzwan Bakri.
Corak permainan pantas selain kesilapan kecil dilakukan pemain Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya lawan menerusi Firman Adriansyah yang meledak gol kedua pada minit ke-29 sebelum Soumilena menambah gol peribadi kedua dan ketiga buat Indonesia pada minit ke-35.
Gawang Malaysia terus bocor menerusi dua gol dijaringkan Ardiansyah Nur dipenghujung perlawanan untuk memuktamadkan kemenangan Indonesia-5-1 mengatasi Malaysia.
Malaysia berpeluang untuk mengembalikan semangat dan motivasi dengan meraih kemenangan apabila akan turun esok menentang Brunei sebelum berdepan cabaran getir menentang juara bertahan, Thailand yang juga tuan rumah selang sehari kemudian.