Ducati bakal lepaskan Miller?

Ducati bakal lepaskan Miller?

ducati
Pelumba Ducati, Jack Miller pilih KTM.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba Ducati, Jack Miller enggan memikirkan masa depan bersama pasukan itu biarpun kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Bagi Miller, spekulasi itu tidak penting dan dia bersedia kembali menyertai pasukan lamanya, Pramac Racing musim depan jika kontraknya tidak disambung bersama Ducati.

“Saya tidak kisah. Seperti yang anda boleh tahu, jentera (Pramac) semuanya bagus. Saya tahu sebenarnya ia menggunakan peralatan yang sama dan ia tidak mengganggu saya.

“Selagi saya dalam MotoGP, saya akan terus mencapai impian saya maka itu menjadi perkara utama. Peluang untuk terus berada dalam saingan ini dan bersaing merebut podium serta bersama semua peminat.

“Saya hanya mahu terus berlumba dan melakukan sehabis baik pada setiap kali turun berlumba. Saya suka dengan pasukan saya bekerja sekarang dan hanya mahu beri fokus sepenuhnya pada saingan musim ini,” jelasnya.

Jack Miller-AFP

Pelumba dari Australia itu berjaya menaiki podium buat kali pertama selepas mengharungi perlumbaan keempat musim ini dengan menamatkan saingan tersebut di kedudukan ketiga di Grand Prix (GP) Americas, Isnin lalu.

Pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini muncul juara manakala tempat kedua menjadi milik Pelumba Suzuki, Alex Rins selepas memintas Miller di pusingan terakhir perlumbaan.

Miller kini berada ditangga ketujuh dalam carta kejuaraan dunia selepas mengutip 31 mata manakala Bastianini dikedudukan teratas dengan 61 mata.

“Perebutan kejuaraan dunia masih jauh dan apa-apa sahaja boleh berlaku. Saya pelumba ke-10 menaiki podium selepas empat perlumbaan, peluang terbuka untuk semua,” jelasnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya