Darren Lok hadirkan igaun 'ngeri' buat Terengganu - Utusan Malaysia

Darren Lok hadirkan igaun ‘ngeri’ buat Terengganu

PENYERANG Berbisa PJ City, Darren Lok berjaya meledak hatrik dalam aksi menentang Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaringan hatrik Darren Lok menghadirkan igauan ngeri buat Terengganu FC (TFC) pada penampilan sulung Liga Super apabila kecundang 0-3 ditangan Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Tiga gol yang dijaringkan penyerang tuan rumah pada separuh masa pertama nyata mengejutkan TFC yang dibarisi pemain import berbanding PJ City yang mempertaruhkan khidmat pemain tempatan sepenuhnya.

Darren yang turut menjalani kem latihan skuad kebangsaan dibawah kendalian jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebelum diketepikan ekoran positif Covid-19 mengegarkan gawang pelawat seawal minit ke-12.

Pemain yang disisihkan pasukan pada musim lalu ekoran kecederaan dialaminya terus membuktikan bisa selaku penggempur apabila meledak gol kedua pasukan dan peribadi pada minit ke-31 untuk meledak jurang gol.

Selang tujuh minit kemudian, hantaran menarik rakan sepasukan, Mahali Jasuli yang tepat memudahkan tugas Darren untuk meletakkan bola dalm gawang buat kali ketiga sebelum kedua-dua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan.

Babak kedua memperlihatkan corak permainan berbeza dipamerkan pelawat namun PJ City kekal fokus bertahan untuk memastikan tiada sebarang gol dihasilkan dan keputusan 3-0 kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya