Covid-19 kecewakan beregu negara - Utusan Malaysia

Covid-19 kecewakan beregu negara

beregu muda badminton negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri terpaksa menarik diri daripada beraksi pada final Masters Orleans.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pasangan beregu muda badminton negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri terpaksa menarik diri daripada beraksi pada final Masters Orleans yang sepatutnya berlangsung malam kelmarin.

Harapan beregu muda lelaki negara itu, untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Masters Orleans di Perancis berkecai selepas Muhammad Haikal didapati positif Covid-19.

Beregu negara itu terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada pasangan Belanda, Ruben Jille-Ties Van Der Lecq, selepas Haikal didapati positif Covid-19 beberapa jam sebelum masuk ke gelanggang untuk perlawanan akhir semalam.

Pasangan yang menduduki ranking ke-103 dunia itu sebelum ini menang ke atas gandingan Perancis, Eloi Adam-Julien Maio dalam perlawanan straight set, 21-18, 21-16.

Haikal menjelaskan dia juga tidak menyangka dijangkiti virus tersebut dan hanya mendapat maklumat mengenai perkara itu oleh jurulatih, pada malam selepas tamat perlawanan separuh akhir di bilik hotelnya.

“Saya diberitahu jurulatih bahawa Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memberitahu kami tidak boleh bermain kerana saya positif.

“Memang kecewa, malah saya pun minta maaf kepada pasangan beregu saya, Arif, walaupun saya juga tidak tahu siapa kontak rapat yang menyebabkan saya boleh dijangkiti.

“Saya redha sebab sekarang pun bulan puasa jadi ada hikmahnya untuk kami beraksi dengan lebih baik dalam kejohanan lain selepas ini,” katanya.

Buat masa ini Haikal akan menjalani kuarantin selama tujuh hari di sana, sementara Arif pula akan pulang dahulu ke Malaysia.

“Sepanjang kuarantin ini saya akan buat sesuatu di dalam bilik untuk beri tumpuan kepada kejohanan Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei depan.

“Saya perlu melakukan sesuatu bagi mengekalkan prestasi dengan melakukan senaman kecergasan walaupun ruang agak terhad,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya