Angkara Covid-19 : Wan Arif dan Haikal terpaksa berputih mata - Utusan Malaysia

Angkara Covid-19 : Wan Arif dan Haikal terpaksa berputih mata

WAN ARIF dan HAIKAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Masters Orleans di Perancis berkecai selepas Muhammad Haikal didapati positif Covid-19.

Beregu negara itu terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada pasangan Belanda, Ruben Jille-Ties Van Der Lecq, selepas Haikal didapati positif Covid-19 beberapa jam sebelum masuk ke gelanggang untuk perlawanan akhir semalam.

Penarikan diri pasangan yang bukan pilihan itu daripada final, menobatkan Jille-Van Der Lecq sebagai juara tahun ini.

“Perjuangan ‘Patatimo Boys’ berakhir selepas terpaksa memberi kemenangan mudah berikutan Haikal Nazri positif ujian Covid-19. Semoga segera sembuh, Haikal,” menurut satu hantaran Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.

Kedua-dua pemain dari Pantai Timur itu, sebelum ini melangkah ke final selepas menumpaskan gandingan tuan rumah Eloi Adam-Julien Maio 21-18, 21-16, dalam separuh akhir kelmarin.

Bukan itu sahaja, beregu 103 dunia, Wan Arif dari Terengganu dan Haikal dari Kelantan, melakukan kejutan di dalam kejohanan itu selepas menewaskan satu lagi pasangan tuan rumah, Christo Popov-Toma Junior yang di kedudukan ranking ke-30 dunia dalam pusingan pembukaan 19-21, 24-22, 21-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya