JEDDAH, Arab Saudi: Juara dunia, Max Verstappen memastikan kemenangan pertama musim ini biarpun menerima saingan sengit daripada Charles Leclerc pada saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Arab Saudi di sini, awal pagi tadi.
Verstappen menamatkan perlumbaan dengan catatan masa satu jam 24 minit 19.293 saat (s) untuk meraih kejayaan berkenaan.
Bintang Belanda berusia 24 tahun itu mengakui saingan diberikan pasukan Ferrari sangat berbeza berbanding musim lepas.
“Ia pertarungan yang sangat sengit namun bagus, kami sangat rapat selepas hanya setengah saat di depan jentera Ferrari itu.
“Kami bertarung hebat di depan dan kami perlu menunggu. Mereka sangat pantas di selekoh tetapi kami lebih pantas di laluan lurus,” ujar pelumba Red Bull itu.- AFP