Vaksin bantu ringankan sindrom Long Covid - Utusan Malaysia

Vaksin bantu ringankan sindrom Long Covid

SYAZATUL SYAKIRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengambilan vaksin dua dos dan penggalak dilihat berupaya membantu mengurangkan sindrom Covid berpanjangan (Long Covid) yang dialami oleh bekas pesakit Covid-19.

Menurut Pakar Perubatan Respiratori Institut Perubatan Respiratori (IPR), Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah, meskipun tiada kajian klinikal, namun menerusi kajian pemerhatian, pengambilan vaksin dapat mengurangkan risiko Long Covid yang berlarutan.

Katanya, sindrom tersebut boleh menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit Covid-19 sama ada mereka mengalami gejala ringan mahupun serius.

“Tiada kajian klinikal dibuat, namun berdasarkan kajian pemerhatian (observation studies) iaitu tinjauan orang ramai, mereka mengakui terdapat perbezaan dari segi gejala Long Covid yang dialami (mengambil vaksin atau sebaliknya).

“Mereka rasa gejala berkurangan dan ringan, serta cepat rasa pulih. Itulah sebab kenapa kita perlu mengambil vaksin dua dos termasuk dos penggalak (booster).

Booster itu penting sebab kita nak menggalakkan sistem imunisasi sebab ‘dia’ juga seperti kita, cepat lupa,” katanya ketika ditemubual Gegar FM, baru-baru ini.

Sebagai rekod, bekas pesakit Covid-19 yang mengalami gejala-gejala berterusan lebih 12 minggu selepas sembuh tanpa mempunyai sebab yang ketara boleh diklasifikasikan sebagai sindrom Long Covid.

Keadaan ini boleh terjadi kepada semua bekas pesakit Covid-19 tanpa mengira kategori, tetapi apa yang membezakan adalah tempoh dan intensiti gejala yang dialami.

Dalam masa sama, Syazatul Syakirin menyarankan agar mereka yang menghidap Long Covid untuk membuat senaman ringan secara konsisten dan mengamalkan pemakanan sihat dalam usaha melawan sindrom tersebut terutama apabila mengalami kelesuan serta keletihan.

“Apabila kita jaga makan dan menjadi lebih aktif, badan akan jadi ringan dan segar, maka ini boleh membantu mengurang dan memulihkan gejala Long Covid.

“Walaubagaimanapun, jika terdapat gejala serius yang memerlukan perhatian, maka berjumpalah dengan doktor untuk siasatan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya