Tuntutan terhadap Sabah akan dibatal di Mahkamah Paris - Utusan Malaysia

Tuntutan terhadap Sabah akan dibatal di Mahkamah Paris

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan membatalkan tuntutan Sultan Sulu di Mahkamah Paris, Perancis dan tidak melayan sebarang tuntutan yang dibuat terhadap Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa yang sama turut menyatakan pendirian untuk tidak berganjak dan mengalah dalam mempertahankan kedaulatan negara dan kedudukan negeri Sabah dalam Malaysia.

Katanya, Sabah telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September 1963.

“Sebagai parti UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan tidak akan sesekali gadaikan kedaulatan negara kepada mereka yang ‘mimpi di siang hari’.

“Segala tuntutan Sultan Sulu akan kita failkan pembatalan di mahkamah Paris, Perancis. Kerajaan tidak akan berganjak walaupun seinci dalam menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara dan kedudukan negeri sabah dalam Malaysia akan dipertahankan untuk selama-lamanya,” katanya dalam ucapan Penggulungan Naib Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya