Tiga lelaki terkandas di Gunung Keriang berjaya dibawa turun

Tiga lelaki terkandas di Gunung Keriang berjaya dibawa turun

TIGA pendaki yang terkandas berjaya dibawa turun oleh anggota mencari dan menyelamat  di Gunung Keriang Alor Setar, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga lelaki yang terkandas ketika mendaki di Gunung Keriang di sini petang semalam berjaya ditemukan dan dibawa turun pada hari ini.

Ketua Penguasa Kanan Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon Alor Setar, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zin berkata, kesemua mangsa ditemukan selamat dalam operasi pasukannya dengan bantuan polis dan malim gunung pada pukul 11.30 malam.

“Alhamdulillah kesemua mangsa berjaya dibawa turun pada pukul 3.30 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi mencari mangsa digerakkan sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.59 petang semalam.

“Ketiga-tiga mangsa mendaki Gunung Keriang pada pukul 6 pagi semalam bersama sekumpulan rakan namun gagal turun ke kaki gunung bersama yang lain.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan menerima panggilan kecemasan tiga lelaki terkandas di gunung tersebut,” katanya.

Wan Mohd. Hamizi berkata, pihaknya menggerakkan lapan anggota dengan bantuan polis dan malim gunung untuk mengesan mangsa.

Katanya, pasukan bomba elit Multi Skills Team (Must) bersama bantuan pencahayaan turut dikerah ke lokasi untuk membantu mangsa terkandas itu.

Gunung Keriang yang merupakan merupakan bukit batu kapur purba setinggi 217.92 meter di tengah-tengah kawasan sawah padi di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya