Terlalu awal nak kritik Pan Gon -Jamal Nasir - Utusan Malaysia

Terlalu awal nak kritik Pan Gon -Jamal Nasir

JAMAL NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih terlalu awal untuk memberi komen negatif buat pasukan kendalian jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon meskipun tewas kepada Singapura, 2-1 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, Sabtu lalu.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir berkata tiga perlawanan dalam siri perlawanan persahabatan itu memang wajar digunakan oleh jurulatih kelahiran Korea berkenaan bagi melihat keserasian para pemain beraksi sebagai sebuah pasukan.

Tegasnya, meskipun kekalahan kepada pasukan seberang Tambak itu membuka banyak kelemahan dan kekurangan skuad kebangsaan namun Pan Gon masih mempunyai masa beberapa bulan lagi sebelum aksi sebenar pada Kelayakan Piala Asia, Jun depan.

“Kita dapat banyak peluang sebenarnya untuk menghasilkan gol tetapi mungkin disebabkan kecergasan para pemain kebangsaan belum mampu mengatasi pemain Singapura yang jauh lebih agresif, menyebabkan kita kurang konsisten.

“Bagi saya, memang banyak perbezaan permainan yang ditampilkan melalui kedua-dua perlawanan ini, namun masih terlalu awal untuk kita membuat penilaian yang kurang baik kepada Kim Pan Gon,” katanya.

Bagi Jamal, sekarang adalah tempoh penting untuk semua pemain menonjolkan kemampuan mereka beraksi di atas padang dengan menampilkan keserasian dan kesefahaman sesama rakan sepasukan bagi menambat hati jurulatih baharu itu sebagai usaha mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

“Jurulatih pasti akan menggunakan semua pemainnya dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan ini, sebab itu kita lihat ada pemain yang tidak diturunkan semasa bertemu Filipina tetapi bermain semasa menentang Singapura.

“Memang corak permainan akan berubah dan lari tetapi kita kena faham jurulatih ingin melihat keserasian dan kesefahaman sesama pemain dalam menghantar bola dan membantu menjaringkan gol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya