Taktik ‘sabar’ Verstappen berbaloi - Utusan Malaysia

Taktik ‘sabar’ Verstappen berbaloi

Pelumba Red Bull, Max Verstappen (tengah) menerima tentangan sengit daripada dua pelumba Ferrari, Charles Leclerc (kiri) dan Carlos Sainz Jr dalam GP Arab Saudi.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH : Meskipun pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen kembali meraih kemenangan pertamanya musim ini di Grand Prix (GP) Arab Saudi pagi semalam, namun juara 2021 tersebut dilihat bimbang dengan kebangkitan Ferrari sambil menyifatkan pasukan tersebut mempunyai jentera yang sangat kuat.

Pelumba kelahiran Belanda itu menegaskan jentera Ferrari 2022 ini sangat laju terutama di selekoh sekali gus dia terpaksa menggunakan taktik berlainan untuk menyekat Charles Leclerc meraih kemenangan kedua berturut-turut.

Pada perlumbaan tersebut, pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang menjuarai perlumbaan pembukaan di Qatar dilihat tampil cemerlang apabila mendominasi saingan dengan cukup baik.

Verstappen dilihat bersabar dan terpaksa menanti penghujung perlumbaan untuk melakukan tekanan kepada Leclerc sebelum berjaya memintas pelumba Ferrari tersebut pada baki tiga baki saingan terakhir.

“Saya akui ia adalah perlumbaan yang sangat sukar tetapi pada hari ini kami menampilkan aksi yang cukup baik.

“Kami berhempas-pulas terutama bahagian depan dan terpaksa bersaing satu perlawanan yang panjang.

“Mereka (Ferrari) memang pantas terutama melepasi selekoh dan itu menyukarkan kami pada perlumbaan ini. Tetapi, kami mempunyai kelebihan terutama di laluan lurus.

“Anda boleh lihat terutama penghujung saingan dimana kami lebih laju. Jadi saya cuba bertahan dan saya akui tidak mudah kerana terpaksa menukar strategi sebelum berjaya mendahului saingan,” ujar Verstappen.

Leclerc mengakhiri saingan di tempat kedua manakala rakan sepasukannya, Carlos Sainz menamatkan kedudukan ketiga.

Pemandu Red Bull, Sergio Perez yang dijangka menaiki podium sekadar tempat keempat manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan jauh di belakang pendahulu selepas menamatkan saingan di tempat ke-10. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya