PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio harifah Shahirah memaklumkan puteri sulungnya yang juga pengacara, Allisya Tahir disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan kendiri.
Perkara tersebut dikongsikan penyampai radio Suria FM itu menerusi entri Instagram miliknya.
Dalam kapsyen yang sama, Shahirah turut menitipkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 bersama suami tercintanya yang juga pelakon, Ijoy Azhari.
“Selamat ulang tahun perkahwinan Yang (sayang). Tak dan (tidak sempat) nak bermacam-macam. Anak kena Covid-19, banjir, kerja serta anak lain nak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Selain itu, nak mendaftar anak masuk sekolah menengah, anak nak makan. Ha, tak dan lah.
“Bye, pergi kerja. Semoga yang lain dilindung waktu ini. Kita jaga kita, sampai tepi kain orang pun jaga. Boleh lah,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut selain menitipkan doa buat mereka.
“Selamat ulang tahun perkahwinan kak Shiera dan abang Ijoy. Bahagia selalu,” komen penyampai radio Feeya Iskandar.
“Selamat ulang tahun perkahwinan kak Syira dan abang Ijoy. Titipannya lebih kepada luahan urusan keluarga. Apa-apa pun, semoga dipanjangkan jodoh sampai syurga,” komen pemilik akaun @scaft_station.
“Tak pernah tak lawak. Selamat ulang tahun perkahwinan anda berdua,” komen pemilik akaun @anna_samad.