Satu penghormatan sarung jersi Malaysia, tidak kisah siapa kapten - Utusan Malaysia

Satu penghormatan sarung jersi Malaysia, tidak kisah siapa kapten

SAFIQ Rahim bersedia beri aksi terbaik untuk skuad Harimau Malaya.- IHSAN FAM/NASIRRUDDIN YAZID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim yang kembali menyarung jersi Harimau Malaya menegaskan mana-mana pemain yang dipanggil dalam kem latihan skuad kebangsaan adalah satu penghormatan dan tanggungjawab buat negara.

Jelas pemain berusia 34 tahun itu, tidak ramai pemain berpeluang menyarung jersi skuad kebangsaan dan ia seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Terdapat ramai pemain dalam Malaysia dan kita diantara 30 atau 25 yang terpilih itu satu penghormatan untuk kita.

“Sesiapa sahaja yang terpilih mungkin boleh ketepikan sedikit apa-apa masalah peribadi dan bagi tanggungjawab kepada pasukan negara ,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Tidak menuding jari kepada mana-mana pemain, Safiq menjelaskan mereka yang menolak menyertai skuad kebangsaan mungkin mempunyai alasan tersendiri.

“Itu nasihat saya dan tidak menyalahkan sesiapa,mungkin kita ada alasan tersendiri sebagai pemain dan ada masalah peribadi untuk tolak daripada bersama pasukan negara,” ujarnya.

Pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali mencetuskan tanda tanya apabila menolak menyertai panggilan skuad kebangsaan di bawah bimbingan Kim Pan Gon tanpa sebarang alasan kukuh.

Rizal dipanggil bagi persiapan skuad kebangsaan menghadapi tiga aksi persahabatan di Singapura menentang Filipina pada 23 Mac ini serta tuan rumah tiga hari kemudian dan Albirex Niigata Singapura (28 Mac).

Dalam masa sama, Safiq menegaskan dia langsung tidak memikirkan soal lilitan lengan sebaliknya kepulangan semula selepas kali terakhir memimpin pasukan selaku kapten lima tahun lalu adalah atas dasar tanggungjawab bersama Harimau Malaya.

“Itu tak penting (dilantik kapten) bagi saya, sesiapa saja pun macam saya cakap sebelum ini, saya rasa daripada karier saya untuk bermain dalam pasukan kebangsaan, bukan itu tujuannya.

“Siapa saja yang diberikan tanggungjawab, berilah yang terbaik dan semua pemain-pemain dalam pasukan ini ada kelebihan tersendiri, semua ada tanggungjawab dan kita adalah sebagai satu pasukan.

“Kita tahu apa yang perlu dilakukan, apa sebenarnya kita punya tujuan untuk pasukan negara dan saya harap rakan-rakan akan beri yang terbaik untuk pasukan.

“Insya Allah siapa yang dipilih berikan terbaik kerana kita semua ada tanggungjawab yang besar untuk pasukan negara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya