RUU Anti Lompat Parti: Mukhriz persoal nasib Ahli Parlimen yang dipecat

RUU Anti Lompat Parti: Mukhriz persoal nasib Ahli Parlimen yang dipecat

MUKHRIZ MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bimbang nasib Ahli Parlimen yang dipecat daripada parti susulan risiko kehilangan kerusi apabila Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentangkan pada 11 April ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu perlu dijelaskan supaya dirinya di samping empat Ahli Parlimen tidak dihukum selepas mereka digugurkan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini. 

Katanya, Pejuang menyokong sebarang pelaksanaan RUU Anti Lompat Parti, namun butirannya perlu diperincikan.

“Persoalan begini perlu dibahas dan dipersetujui apa penyelesaiannya untuk meyakinkan rakyat bahawa proses demokrasi di negara ini masih boleh dipercayai. 

MANDAT

“Kami tidak pernah mengkhianati mandat rakyat dan kenapa apabila parti kami yang lompat, kami pula yang dipersalahkan dan dihukum,” katanya dalam sidang akhbar selepas perjumpaan dengan Pejuang Terengganu di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan keahlian Mukhriz dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digugurkan daripada Bersatu kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020.

Turut mengalami nasib sama ialah bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada 24 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan yang RUU Anti Lompat Parti akan dibentangkan dalam sidang khas Parlimen pada 11 April. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya