Rasa jelek dan kecewa dengan babak begitu - Along Kamaluddin - Utusan Malaysia

Rasa jelek dan kecewa dengan babak begitu – Along Kamaluddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan penerbit, Along Kamaluddin mengaku sukar untuknya membuang perasaan jelek dan kecewa apabila menonton klip aksi panas pelakon Zul Ariffin yang tular baru-baru ini.

Bagi Along, dia kecewa dengan tindakan Zul yang sanggup melakonkan aksi tersebut dan menganggap sebagai seorang pelakon sepatutnya dia lebih bijak memilih babak yang bersesuaian.

“Rasa jelek dan kecewa. Kenapa perlu sebar aksi begitu ke seluruh rakyat Malaysia? Mana jati diri sebagai orang Melayu? Maaf saya katakan, saya kecewa dengan artis itu.

“Kenapa mesti lakonkan babak itu? Walaupun dengan alasan mengikut arahan pengarah. Kena fikir dengan bijak dan boleh saja tolak untuk babak itu.

“Bagi saya, ia satu benda yang terlalu aib untuk industri,” kata Along yang ditemui Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.

Majlis tersebut adalah majlis Tayangan Perdana program-program Ramadan Awesome TV dan kolabarasi amal tanggungjawab sosial korporat bersama Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.

Pada Isnin, Zul akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas teruk dikecam lantaran telah membangkitkan kemarahan ramai dengan memuat naik klip aksi panas di platform yang sama.

Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Itu iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Malah, Ain berkata rakaman tersebut juga akan digunakan untuk tujuan promosi sekiranya ia bersesuaian.

Dalam pada itu, Along menganggap teknik promosi itu tidak sepatutnya digunakan oleh mana-mana pengarah biarpun dengan niat mahu menarik perhatian penonton.

“Saya rasa dia pengarah baru. Kalau pengarah lama takkan buat sebab akan fikir dua tiga kali apa kesan yang akan terjadi selepas itu.

“Bagi saya, memang tak patut babak itu dilakukan. Kita tak perlu nak buat highlight cerita kita untuk orang tonton dengan klip sebegitu.

“Kita ada batas orang Islam dan adat Melayu, tak perlu ikut orang barat. Trend gimik atau publisiti drama ini bagi saya, mereka ini mempunyai akal yang cetek

“Tak semestinya, kita nak promosi cerita untuk penonton tonton drama,
kita buat benda bukan-bukan. Ada banyak lagi cara yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, Along memberitahu tindakan pengarah drama tersebut juga telah merosakkan imej pengarah lain.

Katanya, dia akan berasa malu dengan keluarga dan industri sekiranya meletakkan dirinya di tempat pengarah tersebut.

“Saya dapat tahu pun bila kawan-kawan sekolah hubungi, marah-marah. Bila jadi macam ini, dia telah merosakkan dan mencemarkan imej pengarah lain juga.

“Kalau saya di tempat pengarah itu, saya akan malu dengan keluarga saya… malu pada industri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya