Rangnick tidak layak bimbing United - Utusan Malaysia

Rangnick tidak layak bimbing United

Cristiano Ronaldo gagal menghadirkan magis buat Manchester United ketika mereka tunduk kepada Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Rio Ferdinand dan Paul Scholes menyalahkan kurangnya kepimpinan dan perancangan di Manchester United sebagai punca mereka disingkirkan oleh Atletico Madrid daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL), semalam.

Jaringan tunggal Renan Lodi dalam babak pertama di Old Trafford memberikan Atletico kelebihan 2-1 secara agregat untuk mara ke suku akhir.

Bagi bekas pertahanan tengah United, Ferdinand, perbezaan terbesar di antara kedua-dua pasukan itu bukannya disebabkan faktor dalam padang, sebaliknya adalah disebabkan perbezaan kualiti Ralf Rangnick dan Diego Simeone.

“Perbezaan di antara kedua-dua pasukan, Atletico mempunyai sebilangan pemain yang boleh diharapkan dan akan melakukan apa-apa sahaja yang dimahukan pengurus mereka.

“Mereka faham akan tanggungjawab mereka dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Manakala satu lagi pasukan, Man United, mereka melihat sesama sendiri seperti ‘Siapa yang akan menyelamatkan kami kali ini? Siapa yang akan melakukan magis sekali lagi?’.

“Ia bukannya tentang apa yang sedang dihadapi satu pasukan, ia tentang momen hebat seorang individu dengan cara kerja yang amat berbeza,” jelasnya.

Ferdinand enggan memberikan huraian lanjut mengenai komennya tetapi berkata kelab itu perlu berkembang dengan kesabaran apabila membawa masuk pengurus baru, satu proses yang dilaporkan telah bermula di belakang tabir.

“Apabila anda mendapat pengurus baru, mendapatkan orang yang tepat, anda bercakap mengenai tempoh minimum dua hingga tiga tahun sebelum anda boleh mencabar dengan Manchester City dan Liverpool kini berada di tahap tertinggi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Scholes tanpa berselindung berkata pengurus interim, Rangnick, tidak mencapai jangkaan yang diharapkan dengan skuad yang dimilikinya.

“Jurulatih merupakan punca terbesar, dapatkan jurulatih yang lebih sesuai. Ini bukanlah sekumpulan pemain yang teruk, jika anda memberikan mereka struktur dan cara permainan terbaik.

“Terdapat pemain yang benar-benar berbakat dalam skuad ini. Mereka tidaklah berbakat seperti pasukan di atas mereka, kita semua tahu perkara itu.

“Perkara paling utama yang perlu dilakukan kelab ini untuk memenangi sesuatu adalah mendapatkan jurulatih yang betul. Cari jurulatih yang sesuai dengan mereka untuk beberapa tahun bagi membina sebuah pasukan yang mampu mencabar,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya