PSM perlu akur keputusan Astaf - Utusan Malaysia

PSM perlu akur keputusan Astaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu akur dengan keputusan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) yang menerima Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) yang baru ditubuhkan menjadi ahli gabungan.

Ini kerana Astaf sudah tidak mengiktiraf PSM sebaliknya badan induk antarabangsa itu mengiktiraf MSC.

Justeru Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Ibrahim Mohd. Yusoff menasihatkan PSM supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Astaf.

“Masalahnya hanya satu persatuan sukan kebangsaan diiktiraf, jadi PSM kena akur ia telah disingkirkan dan sudah tidak dikehendaki lagi oleh Astaf,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai hasrat PSM mengheret Astaf ke mahkamah, Ibrahim berkata, ia hak persatuan itu.

Ibrahim yakin masalah itu mampu diselesaikan walaupun kini wujud dua persatuan sukan kebangsaan.

“Memang keadaan ini tidak disenangi oleh pihak tertentu.

“Kita benarkan entiti baru diwujudkan bagi memastikan perkembangan sukan sepak takraw tidak terjejas terutama di peringkat antarabangsa berikutan kemelut antara PSM dengan Astaf.

“Saya yakin masalah ini mampu diselesaikan sedikit hari lagi berdasarkan perundangan negara,” katanya.

Semalam, Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, pihaknya akan mencabar keputusan Astaf yang menerima MSC sebagai ahli gabungan.

Menurutnya, keputusan Astaf itu dibuat tanpa MSC memperoleh dan memenuhi syarat dalam Perlembagaan Astaf Artikel 12 (Keahlian) Perkara 7 malah berdasarkan Perlembagaan Astaf, permohonan untuk menjadi ahli gabungan harus disertakan surat pengesahan dan pengiktirafan daripada Majlis Olimpik negara.

Beliau berkata, Perlembagaan Astaf turut menyebut keperluan pengiktirafan oleh kerajaan melalui Pesuruhajaya Sukan (PJS) sebagai badan induk kebangsaan sebelum boleh diterima sebagai ahli gabungan Astaf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya