Pestans kekal terus bersama PSM, bangunkan sukan sepak takraw tanah air - Utusan Malaysia

Pestans kekal terus bersama PSM, bangunkan sukan sepak takraw tanah air

MAAROF Mat Rashad bersama Wan Mohd. Husni bersama para pemain yang bakal membawa cabaran Negeri Sembilan Antlers dalam saingan Champion Cup pada majlis di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans) akan terus bersama Persatuan Sepaktakraw Malaysia dalam agenda pembangunan sukan sepak takraw di negara ini.

Presidennya, Wan Mohd. Husni Abdullah berkata, walaupun persatuan itu berdepan kemelut dengan Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) selain tertubuhnya Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC), PSM masih lagi pertubuhan yang sah di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Pestans sudah berada bersama PSM tentunya kami akan terus dengan program serta aktiviti termasuk pembangunan sepak takraw yang dirancangkan oleh PSM, insya-Allah kebenaran pasti akan menjelma.

“Walaupun Astaf telah menolak permohonan PSM untuk menyertai semula badan induk itu, saya harap PSM dapat diberikan peluang dengan usaha yang sedang dilakukan kepemimpinan baharu PSM.

“Mungkin agak sukar tetapi jika ia terus buntu, saya lihat proses perundangan merupakan langkah perlu diambil bagi memastikan PSM terus menjadi pertubuhan bertanggungjawab menguruskan sukan sepak takraw di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif dan Pengenalan Pemain Champion Cup Pasukan Negeri Sembilan Antlers Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad.

Sementara itu, selepas berjaya menduduki kedudukan ketiga keseluruhan dalam saingan liga STL Emas Anuar 2021/2022, Wan Mohd. Husni melihat sasaran layak ke separuh akhir dalam aksi Champion Cup adalah sesuatu yang realistik buat Negeri Sembilan Antlers.

“Sasaran kami adalah untuk layak ke separuh akhir, bagi kami ia realistik ditambah kami juga telah membawa dua orang pemain baharu bagi membantu dan menguatkan lagi pasukan kami,” katanya.

Dua pemain baharu yang dibawa masuk tersebut ialah tekong dari pasukan Selangor Piston, Muhammmad Haziq Hairul Nizam dan killer dari PDRM Defender, Mohd. Norhafizi Abdul Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya