Penang janji buat penyokong gembira - Utusan Malaysia

Penang janji buat penyokong gembira

Tomas Trucha seru penyokong hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan.- IHSAN Penang Football Club
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selepas gagal mencipta kemenangan pada aksi pertama, Penang FC dan Melaka United berpeluang meraih tiga mata menjelang pertemuan antaraPen kedua-dua pasukan dalam aksi kedua Liga Super malam ini.

Beraksi di Stadium Bandaraya, skuad kendalian Tomas Trucha tentunya tidak mahu melepaskan peluang melakar kemenangan pertama di laman sendiri selepas kecundang 0-1 di tangan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu.

“Aksi pertama bukan perlawanan yang mudah apabila berdepan JDT. Kami masih memerlukan beberapa perlawanan (mendapat rentak) kerana perlawanan persahabatan dan sebenar merupakan situasi berbeza.

“Bermain di laman sendiri sudah tentu kami akan memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan itu untuk meraih tiga mata.

“Saya menjemput para penyokong datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan. Saya tahu penyokong Penang begitu menakjubkan dan sangat bermakna untuk mengutip mata di hadapan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Melaka United juga berhasrat mengubat duka selepas tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City dan pengendali, Risto Vidakovic berharap anak buahnya kembali bangkit.

“Ia sedikit sukar apabila pasukan mengharungi dua aksi di tempat lawan tetapi sudah tentu kita perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan sebelum ini, kalau mahu menjadi pasukan yang lebih baik.

“Saya berharap kita mampu mempamerkan aksi lebih baik berbanding aksi pertama,” ujarnya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya