Peminat Perak pertikai kemampuan IMC - Utusan Malaysia

Peminat Perak pertikai kemampuan IMC

PENYOKONG Setia Perak mula berasa sangsi dengan kemampuan Impact Media and Communication (IMC) Sdn. Bhd. yang gagal membayar gaji pemain.- IHSAN Perak FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemampuan pemilik Perak FC, Impact Media and Communication (IMC) Sdn. Bhd. mula dipertikai oleh penyokong berikutan kegagalannya melunaskan tunggakan serta membayar gaji pemain selama dua bulan.

Seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Azmier berasa sangat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.

“Pertama sekali kami ingin tahu betul atau pun tidak pengambilan IMC atau adakah ia hanya untuk mengaburi mata peminat Perak.

“Kedua, adakah IMC mempunyai dana yang kukuh dan mencukupi ataupun tiada langsung.

“Berdasarkan apa yang berlaku kami rasa IMC tidak ada duit. Jika tidak masakan tidak boleh bayar gaji pemain,” katanya.

Azmier dari Chemor berkata, dia menghubungi sendiri jurulatih skuad Piala Presiden untuk bertanya tentang pemain presiden dan belia.

“Alangkah terkejutnya kerana jurulatih sendiri cakap untuk sekarang kami perlukan makanan kalau sehari sekali pun cukup ataupun dua kali lebih baik.

“Alangkah sedihnya apabila mendengar luahan perasaan beliau bayangkan jikalau anak kita berada di situasi tersebut.

“Kedua, sewa rumah pemain pun masih tidak berbayar jumlah bayaran mencecah RM9,000 tanpa sebarang deposit.

“Ada hamba Allah akan cuba menyelesaikan isu berkaitan rumah sewa cuma yang membimbangkan kami hingga ke hari ini tiada sebarang kenyataan diberikan oleh IMC,” katanya.

Menurutnya, penyokong berasa amat kesal dan harap segala kemelut dapat dihuraikan bagi memastikan Perak kembali berdaya saing dan disegani pasukan lain.

Sebelum ini, Perak FC berjanji akan melunaskan tunggakan gaji pemain sedia ada selewat-lewatnya pada 7 Mac lalu namun sehingga tarikh itu, difahamkan pemain belum menerima gaji.

Skuad Piala Presiden dan Belia turut menerima kesan sehingga dibantu oleh penyokong Perak, Kelab Gendang Perak mengambil inisiatif menghulurkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada mereka.

Kumpulan itu juga melancarkan tabung bantuan untuk mengutip dana bagi diserahkan kepada pemain pasukan Piala Presiden dan Belia yang terlibat.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya