Pegawai Perak FC tak bergaji hingga tujuh bulan

Pegawai Perak FC tak bergaji hingga tujuh bulan

perak
BUKAN pemain sahaja tidak dapat gaji, pegawai juga mengalami nasib sama. - IHSAN Perak Football Club
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bukan setakat pemain malah pegawai pasukan Perak FC turut tidak menerima gaji ada yang sehingga tujuh bulan.

Difahamkan, jurulatih, penolong jurulatih serta kakitangan pasukan itu tidak menerima gaji sejak Ogos lalu.

Sumber berkata, setakat ini hanya masalah gaji pemain dihebahkan dalam akhbar sedangkan masalah gaji pegawai pasukan disenyapkan .

“Pemain tidak menerima gaji antara dua hingga empat bulan tetapi pegawai lagi lama. Masalah ini begitu meruncing menyaksikan ada pegawai meletak jawatan untuk mencari pekerjaan lain.

“Sekarang pun ada yang sedang menimbang keputusan untuk berhenti dan membuat kerja lain,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu amat menyedihkan kerana mereka kerana mempunyai tanggungan selain ada yang isteri baru bersalin.

“Memang keadaan cukup tidak memberansangkan ketika ini, ” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu hanya pemain dan pegawai pasukan mengalami nasib sedemikian.

“Kakitangan di pejabat menerima gaji bulanan seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, Perak FC berjanji akan melunaskan tunggakan gaji pemain sedia ada selewat-lewatnya pada 7 Mac lalu namun sehingga tarikh itu, difahamkan pemain belum menerima gaji.

Keadaan itu menyebabkan ada pemain yang mahu menyertai pasukan lain.

Antaranya, pemain tengah, Muhammad Firdaus Saiyadi yang bercadang angkat kaki pada jendela perpindahan kedua Mei ini jika pasukan itu terus dilanda kemelut lewat bayaran gaji. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya