Saya tidak pernah cemburu Ismail Sabri jadi PM -Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Saya tidak pernah cemburu Ismail Sabri jadi PM -Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021. -UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah dengki dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Menurut Ahmad Zahid, beliau sendiri yang mencadangkan nama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri malah Majlis Tertinggi UMNO memutuskan hanya meletakkan satu nama untuk jawatan tersebut.

“Kalau Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) hendak, tunggulah. Saya dan bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah terima hakikat bahawa rezeki tidak pernah salah alamat.

“Saya fikir kalau rezeki Tok Mat mungkin selepas Pilihan Raya Ke-16, mungkin rezeki tak salah alamat. Yang selalu salah alamat, rezeki bosku dan saya sahajalah. Oleh itu saya dan bosku reda,” katanya ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid memberitahu, segala usaha terbaik kepada rakyat hanya mampu dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin UMNO.

Beliau memberitahu, soal itu termasulah menjaga hak wanita seperti diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi adalah kesinambungan pernah dilakukan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya