Desak pemilihan kerana bimbang tidak  jadi calon PRU15 - Utusan Malaysia

Desak pemilihan kerana bimbang tidak  jadi calon PRU15

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Desakan sesetengah pemimpin UMNO yang mahu menyegerakan pemilihan parti kerana mereka bimbang tidak berpeluang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Perwakilan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, mereka sanggup mewujudkan regu pasangan dan cai menjelang pemilihan kononnya dengan harapan dapat diangkat menjadi calon pilihan raya.

“Mungkin risau sebab dah banyak kritik ayahanda Presiden, ayahanda Timbalan Presiden, sebab itulah sanggup bawa cai-cai dan jika menang, mungkin ada peluang jadi calon.

“Sebab itu, saya tidak setuju seruan bangkit semula, sebab ada yang terlena juga bangkit sama khususnya mereka yang bersara selepas pemilihan parti lalu dan mencari peluang selepas melihat UMNO kini kembali disokong rakyat,” katanya dalam perbahasan usul ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.

Justeru itu, Dr. Muhammad Akmal berkata, usul Pemuda agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum bukan bermakna UMNO tidak mempunyai pelapis yang tidak bagus sebaliknya demi menjaga keutuhan parti untuk memenangi PRU15.

Katanya,langkah pihak Pemuda mengusul agar perlembagaan parti dipinda supaya pemilihan diadakan setiap kali selepas pilihan raya demi mengelakkan perpecahan parti bagi memfokuskan menghadapi kemenangan pilihan raya.

“Jika pilihan raya negeri, kita sering menyebut kestabilan, beribu-ribu kali kestabilan. Mana mungkin kestabilan jika parti politik kita tidak stabil dan ini perlu dicapai sebelum menyakinkan kepada rakyat bahawa kita boleh membentuk kerajaan stabil,” katanya.

Jelas beliau, kekuatan jentera UMNO dijangka terjejas sehingga 60 peratus jika pemilihan diadakan ketika ini sekali gus memberi kesan kepada kemenangan parti dalam PRU15.

Beliau memberi gambarkan, sebanyak 114 ketua pemuda UMNO tidak boleh mempertahankan jawatan masing-masing jika pemilihan diadakan segera. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya