Pafa dikenakan tiga tindakan - Utusan Malaysia

Pafa dikenakan tiga tindakan

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pesuruhjaya Sukan (PJS) membuat tiga keputusan besar dalam usaha memperbetulkan halatuju dan meletak kembali Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di atas landasan betul.

Keputusan pertama ialah pemecatan 12 ahli gabungan yang dilantik Pafa pada 23 Januari lalu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan.

Ini bermakna keanggotaan Pafa kembali kepada 18 ahli gabungan.

Kedua, PJS menggantung Pafa selama enam bulan dan dalam tempoh itu, persatuan berkenaan dikehendaki mengadakan semula kongres pemilihan dan akan kembali bergerak mengikut pemilihan jawatankuasa 2018-2021.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Ibrahim Mohd. Yusoff berkata, keputusan ketiga ialah Kongres Luar Biasa (EGM) anjuran Ahli-Ahli Gabungan Pafa pada 19 Disember lalu juga tidak terpakai kerana ada ahli yang tidak membayar yuran tahunan.

“Bertindak atas aduan, PJS menjalankan semakan dan siasatan dan mendapati ada berlaku penyelewengan dan pelanggaran Perlembagaan persatuan.

“Aduan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Perak mengenai kemelut yang dihadapi, oleh yang demikian Pafa akan digantung selama enam bulan.

“Sebelum itu, PJS akan menghantar surat tunjuk sebab dan Pafa mempunyai masa 14 hari untuk menjawabnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata, beliau telah menyampaikan keputusan itu kepada Pafa yang terdiri daripada Datuk Mohammad Yadzan Mohammad, Datuk Seri G. Irudianathan dan Abd Aziz Yeop Jamaluddin manakala Melayu Perak diwakili oleh Tajul Hasnan Omar.

“Masalah ini berlaku kerana pemegang jawatan tidak memahami peraturan dan perlembagaan sesuatu persatuan itu,” katanya.

Sebelum ini, kemelut kepimpinan bola sepak Perak berlarutan apabila Pemangku Presiden Pafa, Muhammad Yadzan mendakwa dirinya masih presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.

Pelantikan itu dibuat dalam Kongres Tahunan Pafa Kali Ke-63 yang berlangsung awal bulan lalu yang mendapat sokongan daripada tujuh ahli gabungan badan induk berkenaan.

Terdahulu, pada 19 Disember lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin dipilih sebagai Presiden Pafa bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sejak 21 Januari 2020.

Pemilihan Mohd Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong itu turut dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dianjurkan 14 ahli gabungan Pafa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya