MOM masih iktiraf PSM - Utusan Malaysia

MOM masih iktiraf PSM

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi jaminan akan menilai semula kemelut yang melanda sukan sepak takraw negara, namun, badan induk itu masih memberi pengiktirafan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungannya yang sah.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, buat masa ini, seperti yang semua sedia maklum PSM masih lagi ahli gabungan MOM dan dalam masa sama, pihaknya juga ada menerima permohonan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MSC) untuk menyertai badan induk tersebut.

“Perkara ini telah diperbincangkan dengan begitu hangat dalam mesyuarat tadi.

“Dengan kehadiran Pesuruhjaya Sukan (Ibrahim Mohd Yusof) kita telah meminta apa sahaja keputusan yang bakal dibuat tidak dilakukan secara tergesa-gesa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di sini, semalam.

Menurut beliau, MOM juga akan melihat isu tersebut dari segi kepentingan pembangunan sukan tersebut di peringkat akar umbi.

“Apa yang penting sekarang ialah pembangunan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi tidak terjejas, begitu juga dengan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan,” ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya juga perlu melihat kepada perlembagaan dan persatuan yang mahu menyertai MOM mesti memiliki kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

“Contohnya persatuan terlibat perlulah mempunyai ahli-ahli gabungan yang mencukupi untuk menyokong mereka kerana kalau tidak silap saya perlu ada minimum sebanyak tujuh ahli gabungan yang menyokong persatuan berkenaan.

“Selain itu, mereka juga perlu menganjurkan pertandingan dan memiliki program pembangunan akar umbi,” tambahnya.

Setakat ini, MSC mendapat sokongan daripada enam persatuan negeri iaitu Persatuan Sepak Takraw Selangor; Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya; Persatuan Sepak Takraw Sarawak; Persatuan Sepak Takraw Perlis; Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah dan Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Labuan.

Norza berkata, pihaknya juga akan memperhalusi kemelut tersebut dengan merujuk kepada Jawatankuasa Perundangan MOM.

Mengulas pula mengenai kemelut PSM dan MSC yang mungkin menjejaskan skuad kebangsaan, beliau menegaskan, pasukan Malaysia dan para pemain sepak takraw yang beraksi pada mana-mana temasya besar diletakkan di bawah tanggungjawab MOM dan juga Majlis Sukan Negara (MSN).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya