MFL sambut baik pengumuman kerajaan - Utusan Malaysia

MFL sambut baik pengumuman kerajaan

GHANI AB HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perancangan pembukaan semula negara secara selamat dan berperingkat.

Presiden MFL, Datuk Abd Ghani Hassan mengakui pengumuman tersebut bukan sahaja memberikan suntikan motivasi kepada rakyat malah ia bakal menjadi satu titik kebangkitan buat semua industri terutama sukan yang berdepan situasi sukar akibat pandemik Covid-19 sejak Mac 2020.

Katanya, pelan pemulihan negara yang dilaksanakan Perdana Menteri membuktikan Malaysia bergerak dalam landasan terbaik sekali gus dia berharap industri menjana ekonomi negara khususnya sukan bola sepak kembali beroperasi seperti biasa.

“MFL mahu merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang selama ini menyokong dan mendukung perjalanan bola sepak negara khususnya Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

“Sudah pasti MFL menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman perancangan pembukaan semula negara secara selamat dan berperingkat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri.

“Ini menunjukkan Malaysia sedang berada di dalam proses pemulihan daripada pandemik yang beralih fasa ke endemik bermula 1 April 2022 dan sudah pasti orang ramai menantikan pengumuman ini di mana saya percaya inilah titik kebangkitan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Ismail Sabri bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan negara akan beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022.

Perkara itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan melakukan risiko khususnya mendapatkan pandangan KKM.

Pemakaian pelitup muka di tempat awam masih diwajibkan tetapi had waktu beroperasi bagi premis perniagaan di mana pemilik premis dibenarkan melaksanakan waktu operasi mengikut syarat lesen operasi premis.

Kemasukan orang ramai menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka bermula 1 April 2022.

Ismail Sabri turut mengumumkan had kapasiti 50 peratus sebelum ini untuk aktiviti melibatkan kumpulan ramai akan dimansuhkan secara menyeluruh tetapi penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.

STUART Ramalingam

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam turut berterima kasih kepada pihak kerajaan yang bekerjasama bersama MFL dalam penganjuran Liga-M dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya pihak kerajaan di mana saya percaya pelan tersebut dapat menjadi pembakar semangat terutama sektor sukan bola sepak pada masa akan datang,” katanya.

Stuart menambah, Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan penonton ke stadium masih kekal dan pindaan akan dilakukan sebaik sahaja menerima SOP terbaru daripada KBS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya