PETALING JAYA: Skuad futsal wanita Melaka mencipta rekod tersendiri hari ini apabila membelasah Kuala Lumpur 26-0 dalam aksi Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2022 (wanita).
Dalam aksi di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic itu, Siti Asnidah muncul sebagai penjaring terbanyak dengan menjaringkan tujuh gol pada minit ke-2, 16,17, 18, 26 dan dua gol pada minit ke-34.
Selain itu, Intan Sarah Anisah juga turut cemerlang menyumbngkan enam gol pada minit ke-11, 14, 25, 27 dan dua gol pada minit ke-35.
Sementara itu, Nur Syafiqah menyumbang empat gol buat Melaka iaitu masing-masing dua gol pada minit ke-3 dan 15, diikuti tiga gol oleh Nurul Nadia (Minit ke-4, 5 dan 39).
Turut mencatat nama sebagai penjaring ialah Nur Mecca Rania pad aminit ke-17 dan 18, Hanis Farhana pada minit pertama, Jaciah Jumilis ke-7, Syafiqa Irisya minit ke-8 dan Hanani Adriana minit ke-10.
Pada aksi pusingan pertama sebelum ini, skuad futsal Melaka turut mencatatkan kemenangan besar ke atas Kuala Lumpur iaitu dengan jaringan 10-0.
Bagaimanapun, punca utama pasukan Kuala Lumpur tidak melawan ekoran pemain utama mereka ‘diserang’ Covid-19 dengan menyaksikan hanya tinggal enam pemain sahaja yang dibenarkan beraksi.