Legasi Liga Sepak takraw di kaca televisyen

Legasi Liga Sepak takraw di kaca televisyen

Sepak takraw
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUN 2022 merupakan tahun ke lapan penganjuran Liga Sepak Takraw (STL).

Bermula dengan pembabitan kelab sepak takraw ia berkembang kepada skuad negeri dan ahli bersekutu Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Bermula dalam tahun 2015, kejuaraan STL yang pertama telah dimenangi trio Hanelang daripada Terengganu. Diwakili tekong Zulkifli Abd Razak, Fadzli Roslan dan Safarudin Abu bakar, mereka telah mengalahkan trio PDRM dan membawa pulang hadiah kemenangan RM 20,000.

Pengaruh sesuatu kejohanan tidak akan wujud atau dapat menarik minat jika tidak ada konsistensi. Dengan itu, ia perlu dianjurkan setiap tahun untuk mencipta legasi dan mewujudkan fan base yang kukuh.

Kini STL telah berkembang menjadi satu kejohanan sepaktakraw paling berprestij di Malaysia dengan hadiah kemenangan kini di tahun ke lapan bernilai RM100,000.

Saban tahun ianya dianjurkan tanpa gagal walaupun wujud pelbagai kekangan dan cabaran. Kerjasama bersama PSM adalah penting. Tanpa mereka tidak akan wujud STL. Tanpa STL, tidak ada kejohanan sepaktakraw berprestij untuk sajian peminat sepaktakraw mahupun kejohanan kompetitif untuk atlet sepak takraw.

Lokasi

Kejohanan seperti STL hanya boleh wujud jika ada sinergi dan kerjasama di antara penganjur dan persatuan yang menaungi sukan sepak takraw. Begitu juga dengan produksi penerbitan kejohanan STL.

Bermula dengan pra produksi di meja perbincangan, ia berlanjutan ke ‘production design’ dan seterusnya pemilihan lokasi.

Bukan nya mudah menghasilkan ‘production template’ yang digunakan untuk penerbitan produksi STL saban tahun. Pengalaman dan legasi 8 tahun serta kerjasama bersama PSM adalah apa yang anda tonton di kaca tv hari ini.

Kerjasama yang kuat ini akan diteruskan untuk edisi yang seterusnya dan saban tahun penambahbaikan akan berlaku untuk kepuasan penonton. Konsistensi akan terbantut dan legasi akan tamat jika kejohanan ini tidak dapat diteruskan.

Segala kerja keras penganjur dan persatuan tidak akan membawa sebarang makna dan yang rugi adalah penonton dan pemain.

Kenapa perlu digugat legasi yang sedia ada? Kita perlu perbaiki dan mara ke depan. Dan bagi pihak produksi, sinergi persama penganjur dan persatuan adalah penting untuk mewujudkan legasi

Liga Sepak Takraw yang boleh dibanggakan untuk jangka masa panjang. Dan jika untung sabut yang timbul, tidak mustahil hadiah kemenangan boleh meningkat ke RM 1 juta apabila penaja yakin dengan jenama kejohanan sukan yang kukuh dan berprestij. Ini boleh berlaku dengan legasi yang berpanjangan. – UTUSAN

Penulis adalah Penerbit siaran langsung & Majalah Astro Arena

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya