Klopp masih fikir barisan terbaik jumpa Inter - Utusan Malaysia

Klopp masih fikir barisan terbaik jumpa Inter

PEMAIN Liverpool akan terus berjuang hingga akhir musim bagi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester City.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL : Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memberi bayangan melakukan beberapa perubahan menjelang aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang Inter Milan di Stadium Anfield awal pagi esok.

Klopp berulang kali menjelaskan jumlah pemain dalam pasukan sangat penting bagi memastikan pasukan sentiasa bersedia untuk menampilkan aksi terbaik.

Justeru, pengendali dari Jerman itu, enggan menggunakan kesebelasan utama yang sama dalam setiap perlawanan memandangkan ia mampu menjejaskan kualiti permainan serta akan buat pemain kepenatan.

“Kami mengharungi minggu yang sangat penting dan akan bertemu Inter dalam saingan Liga Juara-Juara. Tidak mungkin saya mahu turunkan kesebelasan utama yang sama dalam perlawanan itu nanti.

“Sebab itulah saya sentiasa tekankan ‘squad depth’ sangat penting kerana ia beri peluang kepada kami untuk rehatkan sebahagian pemain dan beri peluang kepada pemain lain beraksi,” kata pengendali dari Jerman itu.

Liverpool turun dalam keadaan lebih selesa memandangkan mereka memiliki kelebihan dua gol selepas menang 2-0 ke atas Inter pada pertemuan pertama di San Siro bulan lalu.

“Saya harap kami boleh tampilkan aksi berkualiti pada perlawanan itu nanti. Apa yang pasti, saya perlu buat beberapa perubahan bagi memastikan pasukan sentiasa berada dalam kondisi terbaik,” ujar Klopp.

Dalam satu lagi aksi menyaksikan Bayern Munich menentang RB Salzburg, di mana kedua-dua pasukan memiliki peluang sama rata selepas terikat 1-1 dalam aksi pertama. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya