KL Thunder lengkapkan derita Putrajaya Cyborg - Utusan Malaysia

KL Thunder lengkapkan derita Putrajaya Cyborg

APIT kanan KL Thunder, Hanafiah Dolah melakukan libasan ketika menentang Putrajaya Cyborg dalam perlawanan Piala Juara-Juara STL di Iskandar Studio Malaysia,Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kuala Lumpur (KL) Thunder menamatkan peringkat Kumpulan B sebagai juara selepas menewaskan Putrajaya Cyborg 21-14, 19-21, 21-14 dalam Piala Juara-juara STL di Iskandar Malaysia Studio, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Putrajaya Cyborg pulang dengan tangan kosong selepas tewas semua perlawanan, termasuk menentang Melaka Titans dan Penang Black Panthers.

Juara bertahan yang lebih awal menempah slot ke separuh akhir menurunkan skuad kedua dibarisi Ahmad Aizat Nor Azmi (tekong), Rizal Maamor (apit kiri) dan Hanafiah Dolah (apit kanan) mempamerkan aksi bertenaga pada awal set pertama.

Skuad kendalian Rashidi Nordin itu terus berada di hadapan di kedudukan 14-11 mengatasi lawan yang turut menurunkan skuad kedua iaitu Noor Azman Abd Hamid (tekong), Amar Putra Rohaimee (apit kanan) dan Faizulhairy Osman (apit kiri).

TEKONG KL Thunder, Ahmad Aizat Nor Azmi mengimbangi bola ketika berdepan Putrajaya Cyborg di Iskandar Puteri, hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Hanafiah membantu pasukan untuk menambah kutipan mata 18-12 hasil daripada variasi rejaman yang dilakukan sebelum menamatkan set dengan kiraan 21-14.

Pada set kedua, jurulatih Putrajaya Cyborg membawa masuk Suhairi Sulaiman menggantikan Faizulhairy ketika pasukan ketinggalan 2-5.

Hasilnya, Putrajaya Cyborg beraksi dengan lebih baik dan berjaya melakukan serangan balas menerusi Amar Putra untuk mendahului pada kedudukan 9-8.

Keadaan itu tidak bertahan lama setelah KL Thunder kembali berada di hadapan di kedudukan 19-17, namun dikejutkan pasukan lawan yang mempamerkan kebangkitan untuk menang 19-21.

Set ketiga, permainan kedua-dua pasukan seimbang sebelum KL Thunder mendahului hasil pungutan mata yang dituai menerusi servis Ahmad Aizat untuk berada di kedudukan 12-10.

KL Thunder yang mendapat rentak permainan itu terus menjarakkan kedudukan 17-10 sebelum menang selesa 21-14. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya