Kematian Tangmo satu kemalangan - Ketua Polis

Kematian Tangmo satu kemalangan – Ketua Polis

tangmo
Mayat pelakon Nida Tangmo Patcharaveerapong, 37, ditemukan terapung di Sungai Chao Phraya pada pukul 1.10 tengah 26 Februari lalu, - Bangkok Post
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kematian pelakon popular Thailand Nida Tangmo Patcharaveerapong yang mayatnya ditemukan terapung dalam Sungai Chao Phraya adalah satu kemalangan kata Ketua Polis Thailand, Suwat Jangyodsuk.

Memetik Bangkok Post, Suwat berkata, polis menjangkakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes itu dalam beberapa hari lagi apabila keputusan pemeriksaan forensik keluar.

Beliau juga telah mengarahkan penyiasat untuk meneliti kenyataan saksi dan bukti berkaitan seperti rekod telefon dan kelajuan pemanduan serta data GPS bot laju itu.

Mayat aktres berusia 37 tahun itu ditemui pada 26 Februari lalu hampir dua hari selepas mangsa didakwa terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju bersama lima yang lain.

Dua lelaki Tanupat Por Lerttaweewit dan Phaiboon Robert Trikanjananun, didakwa mengendalikan bot tidak berlesen secara cuai hingga menyebabkan kematian mangsa.

Ketika kejadian terdapat tiga lagi penumpang dalam bot itu, iaitu Idsarin Gatick Juthasuksawat iaitu pengurus Tangmo; Wisapat Pasir Manomairat dan Nitas Job Kiratisoothisathorn.

Dilaporkan bahawa kelima-lima mereka telah dipanggil untuk disoal siasat pada Ahad.

Mereka telah dikecam hebat oleh netizen berhubung insiden dengan ibu Tangmo turut terlibat dalam perdebatan mengenai pampasan yang diterima ekoran kematian anak perempuannya itu.

Sekurang-kurangnya 29 saksi kini telah disoal siasat dalam siasatan kematian aktres itu.

Pesuruhjaya Polis Wilayah 1 Bangkok,  Jirapat Phumijit, berkata pada hari Ahad polis masih mengumpul bukti dan siasatan akan mengambil sedikit masa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya